" Peliharalah segala solat (mu) dan (peliharalah)
solat wustha (asar)," (al-Baqarah [2]: 238).
Rasulullah SAW bersabda: "Para malaikat mengawasi
kalian dengan bergantian antara malam dan siang. Mereka kemudian berkumpul pada
waktu solat subuh dan solat Asar. Lalu malaikat yang mengawasi di malam hari
naik ke atas. Maka Tuhan bertanya walau Dia lebih tahu dari mereka, 'Bagaimana
kalian meninggalkan hamba-hamba Ku? 'Para malaikat menjawab, "Ketika kami
pergi, mereka sedang melaksanakan solat. Dan ketika kami datang, mereka juga
sedang melaksanakan solat," (HR Bukhari).
"Siapa saja yang tidak melaksanakan solat Asar,
maka amal perbuatannya akan hilang sia-sia," (HR Bukhari).
Dalam solat Asar terdapat keutamaan yang besar,
Rasulullah SAW mengaitkannya dengan solat Subuh.
Majoriti umat Islam menamatkan pekerjaan mereka
selepas solat Asar tiba. Dengannya, solat Asar boleh menjadi penyembuhan
berkesan dari segala sesuatu yang dilalui pada hari itu seperti
halangan-halangan emosi, ketegangan dan keletihan.
Majoriti kaum muslimin membahagikan aktiviti mereka
menjadi dua tahap. Tahap kedua ini bermula selepas solat Asar.
Oleh sebab itu, manfaat solat Asar adalah membuang
sifat malas, memulihkan badan selepas makan, tidur dan berehat, memulihkan
peredaran darah, melancarkan aliran darah di seluruh anggota badan serta
menyalurkan tenaga yang diperlukan untuk memulakan pekerjaan.
Damin
Kecilamass
Cibubur Ps Rebo