Kamis, 30 Mei 2013

ISLAM-DASAR HIDUP MUSLIM




   Allah berfirman di dalam Al-Qur’an:“Hari ini telah Ku-sempurnakan bagimu agama kamu dan telah dicukupkan bagimu nikmat-Ku dan Aku telah redha untuk menjadikan Islam sebagai agama kamu” (ayat terakhir yang diturunkan)
   Saidina Abu Bakar menangis apabila mendengar ayat ini. Beliau faham tentang ayat ini diturunkan di mana Rasulullah akan meninggalkan mereka kerana telah cukup segala ajaran yang disampaikan kepada seluruh manusia. Selang beberapa bulan kemudian Rasulullah wafat dan meninggalkan kepada manusia 2 perkara iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah.
   Sekarang ini ramai yang mengaku Islam tetapi hanya sekadar pada nama tetapi tidak memahami apa itu Islam sebenarnya. Sepatutnya kita perlu memahami ajaran Islam kerana Islam adalah agama yang sejahtera (selamat, bahagia, sejahtera).Nescaya apabila kita menganut Islam dengan hati yang tulus ikhlas, kita akan mendapat kesejahteraan, ketenangan dan keamanan. Sepatutnya kita berbangga dengan agama Islam yang kita anuti.
   Sebenarnya orang yang merasakan dirinya dapat menghiburkan orang lain sebenarnya dirinya tidak terhibur. Inilah apa yang terjadi kepada penyanyi-penyanyi popular.
   Kita sepatutnya merenung diri kita, adakah kita telah menghayati ajaran Islam seperti yang sepatutnya. Kalau manusia tidak mengenal Islam pada sudut yang sebenarnya, perkara-perkara buruk yang mustahil boleh berlaku. Oleh itu, kita perlu sentiasa belajar agama dan mengenal cara yang betul. Saidina Umar r.a pernah berkata:“Sesungguhnya ajaran Islam akan terungkai sedikit demi sedikit bila ada individu tidak mengenal ajaran dan perbuatan Islam dan mengamal hidup Jahiliah.”
   Kita perlu mengikis sifat-sifat Jahiliah yang ditinggalkan dan menggantikan dengan sifat-sifat Islam dan menunaikan tuntutan-tuntutan Islam dalam kehidupan kita. Segala sesuatu yang dilakukan hendaklah berteraskan kepada akidah Islam yang sebenarnya. Sebaliknya jika tidak, maka tamadun manusia itu akan runtuh dan masyarakat akan rosak akhlak.
   Orang yang berada dalam keadaan desak iaitu ketika hendak menemui ajal dan tetap berdegil dengan kesilapan yang lalu, maka dia tergolong dalam golongan orang yang bongkak. Orang yang melakukan sesuatu yang boleh membuatkan orang lain berdosa, maka orang itu juga berdosa.
   Maka, kita hendaklah mempunyai pegangan untuk mencari kebenaran Islam yang sempurna dan melaksanakan segala suruhan Allah.                               
                                                                   Bens.wasis Kecilamass,Cibubur  Pasar Rebo

Tidak ada komentar:

Posting Komentar