Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang
berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut
diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah,
apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab
soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu
baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan
menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1
golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki
neraka adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.
Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka
yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka
yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah
balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya.
Inilah balasan mereka yang berdusta.
5.Mereka
yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut
keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka
yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang
menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah
dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak
mahu menyaksikan kebenaran.
8.Mereka
yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini
adalah balasan mereka yang berzina serta
mati sebelum bertaubat.
9.Mereka
yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka
yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2
lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya
seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya
keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman
keras.
Dan
satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama,
berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang
beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu
dan mati dalam keadaan bertaubat."
Damin kecilamass Pasar Rebo
Jakarta-Timur
Tidak ada komentar:
Posting Komentar