1. Apabila keduanya memanggil maka anak harus
segera menyahut dan hadir kepadanya.
2. Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya
dengan penggilan nama.
3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran
yang mulia.
4. Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut
terhadap keduanya, jangan sesekali
mengkasarinya atau berlaku biadap.
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap
dengan keduanya.
6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu
maka anak harus melaksanakannya
dengan penuh taat selama suruhan itu tidak
berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa
maksiat sekalipun maka tolaklah dengan
penuh rasa hormat dan meminta maaf.
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus
berada di belakangnya.
8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak
harus melayaninya dengan penuh rasa
hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak
berlaku adil diantara anak-anaknya.
9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan
keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
10. Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana
sahaja maka beritahulah keduanya dan
mintalah izin.
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua
kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita
maka terimalah ini sebagai satu
hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian
atau marah kita kepada keduanya.
13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka
anak harus memnyediakan sekadar
kemampuan.
14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka
anak harus memberinya sekadar
kemampuan.
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa
sedih atau dukacita maka segeralah
menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta
segera memohon kemaafan.
16. Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba
keduanya memanggil maka berhentilah dari solat
dan sahutlah seruan mereka
walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya
sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya
sendiri.
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari
kedua orang tua.
19. Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan
akan keampunan Allah terhadap kedua ibu
bapanya dan berusahalah dengan amalan
yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka
tinggikanlah martabat dan kemuliaan
mereka, bayarlah hutang piutang yang masih
ada dan berbuat baik serta hormatilah
terhadap sahabat-sahabat keduanya. 21.
Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka
tunaikanlah wasiat itu mengikut
kemampuan anda.
Damin kecilamass Pasar Rebo
Jakarta-Timur
Tidak ada komentar:
Posting Komentar